Selepas Sampai Bila, Misha Omar Buat ‘Comeback’ Dengan Lagu Baru, Tanpa Rela

Azwa Rahman
September 18, 2020 08:33 MYT
Penyanyi Misha Omar membuat kemunculan semula dengan sebuah single terbaru berjudul Tanpa Rela.
Menerusi laman sosial Instagram, Misha memuat naik sedutan lagu baru tersebut untuk tatapan umum.
“Assalamualaikum, tepat detik 12 malam nanti kalian akan dapat menikmati, menghayati lagu dan video muzik terbaru saya berjudul Tanpa Rela,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Tambah Misha atau lebih mesra disapa Kak Mitch, penghasilan lagu terbaharunya ini memberikannya banyak pengalaman manis lebih-lebih lagi dapat bekerja bersama Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal.
“Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai.
“Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik.
"Saya juga terbabit dalam penulisan lirik,” katanya kepada Astro AWANI.
Tanpa Rela sudah boleh distrim menerusi platform penstriman bermula hari ini.
Sumber: Astro Awani
#Misha Omar #Syafinaz Selamat #Tanpa Rela