Album solo pertama Kai dari kumpulan K-Pop popular, EXO mendapat sambutan luar biasa dari peminat di seluruh dunia.

Memetik laporan Soompi, album pertama Kai yang berjudul KAI itu telah menduduki carta Top Album di aplikasi iTunes selepas dilancarkan Isnin lalu.

Album tersebut berada di tangga pertama dalam carta berkenaan di 50 buah negara antaranya Kanada, Australia, Hongkong, India, Brazil dan tidak ketinggalan, Malaysia.

Album ini juga turut berjaya dalam penjualan secara digital menerusi beberapa aplikasi muzik iaitu Kugou Music, Kuwo Music dan QQ Music.

Album KAI memuatkan enam buah lagu iaitu Mmmh, Nothing On Me, Amnesia, Reason, Ride Or Die dan Hello Stanger.

Kemunculan album ini ternyata menambah keterujaan peminat Kai yang sudah lama menantikan buah tangan dari penyanyi kesukaan mereka itu!

Sumber : Soompi