Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selepas Selangor & N. Sembilan, Pulau Pinang Cuti Umum 18 Nov Sempena PRU-15

Amri Hassan
10/11/2022 05:30 MYT
Pulau Pinang isytihar cuti umum pada 18 November ini bagi membolehkan pengundi pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi keesokan harinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia menjadi negeri ketiga selepas Negeri Sembilan dan Selangor yang membuat pengumuman sama sebelum ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow memaklumkan cuti khas negeri itu adalah untuk memberikan kemudahan dan galakan kepada penduduk Pulau Pinang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow memaklumkan cuti khas negeri itu adalah untuk memberikan kemudahan dan galakan kepada penduduk Pulau Pinang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Bersempena dengan PRU15 yang akan diadakan pada 19 November ini, kerajaan Pulau Pinang dengan ini bersetuju untuk mengisytiharkan cuti khas negeri pada 18 November 2022," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.

Sebelum ini, Selangor dan Negeri Sembilan mengisytiharkan 18 November sebagai hari kelepasan am negeri bagi membolehkan warga luar bandar pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi.

Kesemua tiga negeri itu merupakan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang tidak mengadakan Pilihan Raya Negeri serentak dengan pilihan raya persekutuan kerana mahu bersiap sedia berdepan musim tengkujuh.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengkaji cadangan mengisytiharkan cuti umum khas pada 18 November ini.

Sumber: AWANI

#Pulau Pinang #Selangor #Negeri Sembilan #Cuti Umum Pru-15 #PRU-15
;