Penyanyi dan pelakon Hollywood, Vanessa Hudgens dilaporkan berpisah dengan teman lelakinya, aktor Austin Butler.

Memetik laporan Metro UK, pasangan yang mula bercinta sejak tahun 2011 itu kelihatan tidak meluangkan masa bersama ketika krismas Disember lalu.

Selain itu, Austin juga tidak muncul di majlis sambutan hari lahir Vanessa baru-baru ini.

Kali terakhir Vanessa berkongsi foto bersama Austin adalah ketika sambutan Halloween pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Vanessa pernah membuat kenyataan mereka tidak terburu-buru untuk berkahwin meskipun sudah lama menjalin hubungan cinta.

Terdahulu, Vanessa pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Zac Efron pada tahun 2005 hingga 2010.

Sumber : Metro UK