Hiburan
Selepas Setahun, Nora Berjaya Realisasi Hasrat Arwah Suami
Penyanyi Nora telah berjaya menunaikan hasrat suaminya, Allahyarham Johan Nawawi untuk menghasilkan album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi.
"Idea untuk menghasilkan album ini datang dari arwah sendiri pada tahun 2016, tapi hasrat itu tidak kesampaian.
"Saya boleh saja berdiam diri, tapi saya memilih untuk menunaikan hasrat arwah untuk menerbitkan album tersebut.
"Album ini mengambil masa lebih setahun sebab setiap kali saya mendengar lagu-lagunya, saya mula menangis," kata Nora.
Album tribute tersebut memuatkan 31 buah lagu dan turut menampilkan Bidadari, lagu yang dicipta dan dinyanyikan oleh suaminya sebelum ini.
Dalam album yang sama, Nora turut menampilkan lagu terbaru yang berjudul Ada Dalam Tiada.
Menurut Nora, lagu tersebut berkisarkan tentang luahan perasaannya sendiri terhadap apa yang telah dilalui dalam kehidupan selepas ketiadaan suami.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Mstar