Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas Shawn Mendes, Kediaman Kendall Jenner Pula Jadi Target Penjenayah!

Asraf Aided
03/04/2021 03:50 MYT
Personaliti Hollywood, Kendall Jenner telah memperketatkan sistem keselamatan untuk melindungi diri selepas seorang lelaki cuba menceroboh kawasan berdekatan kediamannya baru-baru ini.

Memetik laporan E News, Kendall telah membawa perkara itu ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Pihak Datuk Bandar Los Angeles telah mengesahkan lelaki berkenaan telah ditangkap pada Ahad.

Difahamkan, penceroboh itu mula mengetuk tingkap dan menjerit nama Kendall.

Meskipun Kendall tidak mengalamai sebarang kecederaan, namun model terkenal itu telah mempertingkatkan kawalan keselamatan di kediaman selepas kejadian tersebut.

Menurut kenyataan pihak polis, individu yang menceroboh itu pernah dimasukkan ke penjara atas kesalahan berkaitan protokol COVID-19.

Baru-baru ini, kediaman pasangan Shawn Mendes dan Camila Cabello juga dimasuki pencuri.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta mewah jenama Mercedes milik Shawn berjaya dibawa lari oleh penjenayah terbabit.


#Kendall Jenner #Rompak #Shawn Mendes #Ceroboh