Menjalani kehidupan selama tiga tahun sebagai ibu tunggal lima anak, bukan hal asing buat Ezurin Khyra diintai banyak lelaki yang ingin mencuba nasib berkenalan dengannya.

Meski demikian, untuk wanita ini, tidak pernah sekali pun beliau terfikir untuk mencari cinta baharu selepas berpisah dari bekas suaminya beberapa tahun lalu.

Namun saat ibunya, Zelly Ariffin datang bertandang ke The House dalam episod keenam, Ezurin diminta untuk memikirkan sampai bila beliau ingin menutup dirinya daripada berkenalan dengan lelaki lain.

Melihat keluar berkenalan dengan lelaki lain bukan bermaksud terus menjalin cinta, Ezurin sedikit terbuka dengan idea tersebut. Namun beliau tidak tahu siapakah lelaki yang akan ditemuinya, apa lagi sesi perkenalan blind datenya diatur oleh rakan rapat beliau, Magie Abang Saufi.

Bagaimanapun, adakah Ezurin akan menemui kualiti lelaki yang diinginkannya untuk menjadi pendamping hidup selamanya?

Adakah lelaki yang berkenalan dan mengidamkannya, mampu memikat hati Ezurin untuk berlabuh bersamanya? Semuanya akan terjawab nanti.

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kepada anda yang terlepas untuk menyaksikannya, usah risau kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand, atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go pada bila-bila masa.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.