Salam Muslim

Selepas Subuh Waktu Terbaik Untuk Hafaz Al-Quran - Tahfiz Muda Aqil

gempak
Ahmad Shah
26/05/2016
11:50 MYT
Sponsor Banner
Selepas Subuh Waktu Terbaik Untuk Hafaz Al-Quran - Tahfiz Muda Aqil
Juara Tahfiz Muda, Aqil, berkongsi rahsia untuk mudah menghafaz Al-Quran.
Menurut Aqil waktu terbaik untuk menghafaz Al-Quran ialah selepas waktu Subuh dan Maghrib.
"Selepas Subuh adalah waktu terbaik untuk menghafaz Al-Quran, selain selepas Maghrib.
"Kepada kawan-kawan di luar sana, jika mahu menghafaz Al-Quran kita mesti bekerja keras dan sentiasa bersemangat, Insha-Allah akan berjaya,"katanya yang mula membaca Al-Quran sejak berusia 5 tahun.
Aqil berkata, dia khatam Al-Quran pada usia 6 tahun sebelum mula mengorak langkah dalam bidang hafazan Al-Quran.
Pada usia 9 tahun iaitu dua tahun lalu, Aqil telah mula menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat negeri Perak.
Aqil juga baru sahaja menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat negeri Perak, sebelum mula menyertai Tahfiz Muda.
Mengulas mengenai kemenangannya di persada Tahfiz Muda pada malam ini, Aqil memberitahu, dia tidak menyangka akan bergelar juara, sebaliknya menyangka gelaran tersebut menjadi milik sahabatnya, Syadril.
Tambah Aqil, keyakinannya untuk bergelar juara berkurangan selepas mengalunkan bacaan dari Surah Al-Insyiqaq.
"Saya tak sangka akan jadi juara pada malam ini kerana merasakan persembahan Syadril lebih bagus berbanding saya.
"Alhamdulillah, selepas nama saya diumumkan Imam Muda Ashraf, saya gembira dan terkejut," katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas lanjut tentang wang tunai RM10,000 yang dimenanginya, Aqil akan menggunakan hadiah tersebut untuk membantu kedua ibu bapanya selain membawa mereka mengerjakan Umrah.
Dalam perkembangan lain, Afiq bakal menyertai Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kategori kanak-kanak Oktober ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024