Selepas memuat naik gambar sebentuk cincin yang katanya dibelikan sendiri untuk dirinya, pelakon cantik Mira Filzah hari ini memuat naik foto bersama pereka fesyen Rico Rinaldi pula.

BACA: Mira Filzah Muat Naik Foto Cincin Di Jari Manis... Kenapa Tu?

Bagaimanapun, kunjungan ke butik pereka fesyen itu mencetuskan teka-teki dalam kalangan netizen.

May 2019 be a good year for you @thericorinaldi! ?

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on




Entri yang sama turut dimuat naik oleh pereka fesyen berkenaan di ruangan Instagram peribadinya.

Enggan terus berdolak-dalih, Gempak mendapatkan penjelasan daripada Rico Rinaldi tentang tujuan pelakon Pujaan Hati Kanda itu.

"Mira ada maklumkan mahu menempah baju untuk ke majlis kahwin. Tetapi bukan bermakna itu majlisnya.

"Mungkin diundang sebagai tetamu...

"Bila saya tanya bila dia bakal berkahwin, katanya belum tahu lagi.

"Tetapi saya terbuka untuk memberikan tajaan kepada Mira apabila tiba hari bahagianya," katanya kepada Gempak.

Malah, Rico memberitahu aktres itu tidak memakai cincin yang baru dibelinya ketika datang ke butiknya pagi tadi.