Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Selepas Terima Kehadiran 2 Puteri, Alif Satar Bakal Timang Baby Boy!

Kamaruddin Razal 21/06/2019 | 13:23 MYT
Penyanyi, pengacara dan pelakon, Alif Satar bakal menerima cahaya mata lelaki.
Berita ini dikongsikan oleh isteri Alif, Shadila Halid menerusi kemas kini terbaru akaun Instagram miliknya.
Shadila memuat naik foto imbasan bayi bersama 'bow tie' dan 'mustache prop'.
"Boy, oh boy," tulis Shadila ringkas.

Boy, oh boy.

A post shared by Shadila Halid (@shadilahalid) on

Alif dan Shadila dijangka bakal menerima kehadiran permata hati baru mereka pada Oktober ini.
Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.
#Alif Satar
;