Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Selepas Terima Simpati Rakyat Malaysia, Ustazah ‘Merangkak’ Dapat Tajaan Melancong Ke Osaka, Jepun!

Azwa Rahman 27/02/2020 | 10:25 MYT
Seorang pemilik agensi pelancongan Razi Travel bermurah hati untuk membawa ustazah ‘merangkak’ untuk mengembara ke negara Jepun.
Menerusi laman sosial Facebook, Razi berkongsi satu entri tentang hajatnya untuk membawa ustazah tersebut melihat keindahan bunga sakura di Osaka pada bulan April.
“Dari tadi saya cari Intagram/Facebook ustazah yang viral baru-baru ni. Dengar cerita dah berdamai. Tak kisah lah apa pun, Saya selaku Pengasas Razi Travel Services nak bawa ustazah tu pergi ke Osaka, Japan bersama-sama dengan kumpulan trip saya bulan 4 ni untuk melihat keindahan bunga sakura.
“Kami memang ada satu seat kosong. Dari hari tu nak bawa siapa. Jadi ustazah, adalah insan istimewa dan terpilih. Minta kalian semua share kepadanya,” ujar Razi menerusi satu entri.
Menurutnya lagi, dia mahu memartabatkan kedudukan golongan pendidik terutamanya guru yang mengajar ilmu agama.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan pemilik agensi pelancongan tersebut.
“Rezeki ustazah, bukan semua orang dapat pergi Jepun, lagi-lagi dipelawa percuma. Pergilah ustazah,” komen seorang wargamaya.
“Rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari. Untung ustazah dapat pegi Jepun dgn Razi. Bestnya!
Syukur, rezeki dia tu. Congrats Razi,” ujar seorang wargamaya.
“Alhamdulillah tahniah tuan atas keprihatinan. Semoga ustazah kembali bersemangat mendidik anak bangsa,” puji seorang wargamaya.
“Syukur ada yang prihatin tentang hati dan perasaan ustazah tu semoga bertambah rezeki. Tahniah,” kata seorang wargamaya lagi.
Terdahulu pada Selasa, ustazah tersebut diminta untuk merangkak oleh seorang ibu kerana didakwa telah mencederakan anaknya.
Namun, persengketaan tersebut diselesaikan dengan cara baik apabila ibu tersebut tampil memohon maaf dan berdamai.
#Viral #Malaysia #Viral #Travel
;