Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Selepas Tiga Minggu Tak Solat Jumaat, Akhirnya Alif Satar Terima Jemputan

Asraf Aided 30/10/2020 | 11:15 MYT
Selebriti versatil, Alif Satar berkongsi mengenai amalan yang boleh menambah pahala pada hari Jumaat.
Menurut Alif, meskipun sudah tiga minggu dia tidak menunaikan Solat Jumaat di masjid ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun, amalan-amalan lain boleh dilakukan di rumah untuk menambah pahala.
Alif berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.
"Dah tiga minggu tak pergi Solat Jumaat, tapi walaupun tak pergi, boleh buat benda sunat untuk score 'point' pahala Jumaat.
"Potong kuku, baca surah Al-Kahfi, banyakkan selawat dari hari-hari biasa, bersedekah dan macam-macam lagi.
"Kita buat sama-sama, semoga diterima segala amalan kita guys!" tulisnya sebagai kapsyen.

Assalamualaikum.. dah 3 minggu tak pergi solat jumaat. Tapi walaupun tak dapat pi, boleh buat benda sunat untuk score ‘point’ pahala jumaat?? Potong kuku, baca surah al-kahfi, banyakkan selawat dari hari-hari biasa, bersedekah etc.. kita buat sama-sama,semoga diterima segala amalan kita guys?????okay! AL-KAHFI MODE ON! - @iktikafalif

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar) on

Beberapa jam selepas itu, Alif berkongsi pula kegembiraan apabila menerima kad jemputan untuk solat berjemaah dan Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah...Semoga dapat jemputan haji ke Masjidil Haram pula tahun depan, Insya-Allah," tulisnya di entri terbaru itu.

alhamdulillah... semoga dapat jemputan haji ke masjidil haram pula tahun depan insyaAllah..♥️?

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar) on

PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mula berkuatkuasa pada 14 Oktober lalu dan dilanjutkan sehingga 9 November 2020.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dan amalkan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak COVID-19.
#Alif Satar #Solat Jumaat #PKPB
;