Penyanyi popular Rihanna dilaporkan telah berpisah dengan teman lelaki kacak, Hassan Jameel yang juga merupakan seorang jutawan Arab Saudi selepas tiga tahun pasangan itu menjalinkan hubungan cinta.

Memetik laporan US Weekly, pasangan yang menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2017 itu sudah terputus hubungan dan tidak lagi menghubungi antara satu sama lain sejak beberapa bulan lalu.

"Mereka sudah tidak bersama sejak beberapa bulan lalu," kata sumber terdekat kepada TMZ.

Pasangan itu sebelum ini terlalu berahsia dan jarang mendedahkan hubungan mereka kepada umum.

Pada Jun tahun lalu usahawan kosmetik itu pernah menyatakan kesediaan untuk menjadi isteri kepada teman lelakinya itu.

Rihanna juga beberapa kali dikesan meluangkan masa bercuti bersama teman lelakinya itu bersama keluarga di sebuah pusat peranginan di Capri, Itali.

Malah, menurut Sumber, mereka juga kerap ke United Kingdom untuk bertemu.

Sebelum Hassan, Rihanna sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Chris Brown, Drake serta pelakon Leonardo Dicaprio.

Hassan Jameel merupakan Timbalan Presiden dan Naib Pengerusi operasi perniagaan konglomerat keluarga Abdul Latif Jameel dan juga pewaris kekayaan keluarganya Abdul Latif Jameel Company, yang di antaranya mempunyai hak pengedaran kenderaan jenama Toyota di Arab Saudi dan negara-negara lain.

Keluarga Abdul Latiff Jameel merupakan merupakan antara yang paling kaya di Arab Saudi.