Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Selepas Tiga Tahun, Raja Farah Selamat Lahirkan Bayi Ke-3

Syafiqah Jalal 18/06/2022 | 04:21 MYT

Pelakon Raja Farah bersyukur kerana selamat melahirkan bayi ketiganya di sebuah hospital swasta semalam.

Menurut Raja Farah proses melahirkan bayi perempuannya seberat 2.81 kilogram (kg) itu berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah...Terima kasih semua yang mendoakan untuk saya dan baby..
“Syukur semuanya selamat, lancar dan sehat...Alhamdulillah...
“Doakan proses berpantang saya pulak ya? Semoga dipermudahkan...Amin....,” tulisnya.
Raja Farah berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia berkongsi foto di hospital.
Dalam kemas kini terdahulu, Raja Farah tidak menyangka dia bakal melalui proses bersalin buat kali ketiga.
“Rasa nervous, excited, takut…semua ada,” kongsinya.
Terdahulu Raja Farah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

#Anak #Bersalin #Baby #Mengandung #Bayi #Raja Farah
;