Selepas Tugu Helang, Tudung Siakap Pula Tular
Azwa Rahman
08/11/2021 13:15 MYT
08/11/2021 13:15 MYT
Kontroversi hidangan ikan siakap bernilai RM1,196 di salah sebuah restoran di Langkawi baru-baru ini dilihat membuka ruang kepada pengguna media sosial untuk berkarya dengan menjadikan hidupan laut itu sebagai subjek utama.
Terbaru, ikan siakap itu atau digelar sebagai ‘ikan kayangan’ dijadikan bahan jenaka apabila hidupan laut itu dilukis menjadi sehelai tudung yang digelar ‘tudung siakap’ oleh pengguna media sosial.
Difahamkan, lukisan diberi nama ‘Tudung Siakap’ itu dilukis oleh seorang individu bernama Budijemari.
Jenaka itu menjadi tular khususnya di laman Facebook apabila rata-rata pengguna membandingkannya dengan ‘tudung bawal’ berikutan kedua-duanya mempunyai nama yang diinspirasikan daripada hidupan laut.
“Mahal (tudung siakap), tidak mampu beli, kita pakai tudang bawal saja, itu pun tudung Tesco sahaja,” kata seorang wargamaya.
“Jaga-jaga, nanti pereka fesyen ambil idea, jual beribu-ribu pula,” ujar seorang wargamaya. .
“Sopan tudungnya, labuh menutupi dada, padan dengan harga,” jelas seorang wargamaya.
“Alahai, okay saja tudung siakap ini, ala-ala labuh begitu, tetapi saya tidak suka, bawal saja la, takut harga tudung siakap lagi mahal daripada emas,” tulis seorang wargamaya.
Terdahulu, seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram di restoran Terapung Sas Rimba, Langkawi tular dan mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Sumber: Kosmo Online