Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas Tujuh Tahun, Nicole Scherzinger Kembali Bersama Pussycat Dolls

Rozaimi Zubaidi
04/10/2017 07:10 MYT
Penyanyi Nicole Scherzinger mengakui akan kembali bergabung bersama anggota kumpulan Pussycat Dolls selepas mereka berpecah pada tahun 2010.

Menurut laporan Daily Mail, Nicole akan mengadakan beberapa siri persembahan bersama anggota Pussycat Dolls yang lain selepas tujuh tahun bergerak secara solo.

“Saya mahu mengadakan 'reunion' bersama dengan anggota kumpulan Pussycat Dolls dan ini merupakan persembahan istimewa buat kami semua.

“Tujuh tahun bergerak secara solo, kini masanya untuk menghiburkan peminat yang merindui kami setelah kami mengambil keputusan untuk berpecah,” katanya.

Terdahulu, Nicole telah mengambil keputusan untuk bergerak secara solo selepas mereka dikatakan tidak mempunyai persefahaman antara satu sama lain.

Pussycat Dolls mula dikenali selepas lagu nyanyian mereka popular menerusi lagu 'Dont Cha' dan 'Stick With You' pada tahun 2005.

Mereka juga pernah mengeluarkan dua album, 'PCD' (2005) dan 'Doll Domination' (2008).

Sumber: Daily Mail
#Nicole Scherzinger #Pussycat Dolls