Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan agensinya, Blossom Entertainment yang bakal tamat hujung tahun ini.

Berita itu juga disahkan oleh Blossom Entertainment dalam satu kenyataan kepada media.

“Joong Ki tidak terikat dengan mana-mana agensi selepas dia mengesahkan tidak akan memperbaharui kontraknya bersama Blossom Entertainment.

“Malah Kontrak Joong Ki akan tamat pada akhir Disember ini dan kami menghormati keputusannya,” ujar wakil agensi berkenaan.

Terdahulu, Joong Ki yang popular menerusi drama Descendants of The Sun telah bersama Blossom Entertainment sejak Februari 2013.

Selepas berita mengenai perkara ini dihebahkan, banyak agensi-agensi lain yang cuba nasib melamar Joong Ki untuk menyertai mereka.

Sumber: Soompi