Penyanyi Jason Derulo nekad untuk menolak tawaran untuk melakukan aksi sensual bernilai RM2.9 juta (AS$700,000) daripada sebuah produksi di Amerika Syarikat.

Hal itu jelas Derulo, 30, kerana kontrak yang ditawarkan tidak berpatutan dengan nilai yang diperolehnya sebagai penyanyi.

"Aku perlukan lebih daripada itu," tulisnya menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Dalam kontrak yang ditawarkan itu, Derulo dikehendaki berkongsi foto, video dan penstriman secara langsung dirinya memakai seluar dalam sahaja.

Terdahulu tular sekeping foto Derulo dalam keadaan basah dengan berseluar dalam hitam sehingga menampakkan bentuk alat sulitnya ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Namun, foto itu telah dipadamkan oleh Instagram kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan umum dan mengandungi unsur pornografi.

Hal itu memuatkan Derulo tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan Instagram.

Jelasnya, foto yang telah dimuat naik itu merupakan gambar asal yang tidak disunting dengan mana-mana aplikasi.

Sehubungan itu, Derulo telah memuat naik foto sama yang disunting dengan menggantikan gambar makanan hot dog pada bahagian alat sulitnya.

Is this better? ?

A post shared by Jason Derulo (@jasonderulo) on


Sumber: Queerty