Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Selepas Tular Kesempitan Hidup Puteri Balqis, Kawan Ibu Tampil Menjawab Tohmahan Netizen

Fiza Kamarudin 13/01/2020 | 03:06 MYT
Selepas tular kisah mengenai pelakon cilik Puteri Balqis mengalami kesempitan hidup sehingga terpaksa mengikat perut dan menjual buku di jalanan, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada aktres tersebut.
Agak menyedihkan apabila ada netizen yang mempertikai ibu bapa Puteri Balqis yang kononnya tidak menjaga kebajikan anak mereka sehingga terpaksa mencari wang sendiri demi kelangsungan hidup.
Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mendakwa Puteri Balqis tidak lagi bersekolah dan menuduh kedua ibu bapanya mengabaikan masa depan kanak-kanak itu.
Terlalu banyak tohmahan dilemparkan sehingga seorang wanita dikenali sebagai Lola tampil mendedahkan perkara sebenar.

Thank You To All Of U??❤️ “38 Poems Of Puteri Balqis” is beautifully written by Puteri Balqis..based on her life experiences...Don’t miss out..PLACE YOUR ORDER NOW❤️ @planner.ana.official Whatsapp?? 0164420164 Whatsapp??011-39379871

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on

Lola mendakwa dia merupakan teman rapat kepada ibu kepada Puteri Balqis, berasa kesal kerana ada individu yang sanggup melemparkan kata-kata negatif dan hanya tahu menyalahkan orang lain.
“Ada yang marah-marah kenapa Aqish (panggilan manja Puteri Balqis) tak sekolah? Habis macam mana masa depan dia? Dan macam-macam lagi perkara yang agak kurang sopan untuk ditanya.
“Maaf saya dan mak Aqish tak reply semua whatsapp tersebut. Sekiranya tak dapat membantu dari segi kewangan dengan membeli buku Aqish sekurang-kurangnya bagi la moral support.
Sedih sangat. Tahu nak blame je. Tak kurang juga ada yang whatsapp semata-mata nak pertikaikan kenapa as a parents tak jaga kebajikan Aqish,” luahnya.
Lola menerusi posting di laman sosial Facebook (FB) nya berkata, sebagai sahabat dia telah cuba yang terbaik untuk membantu keluarga Puteri Balqis.
Tambahan lagi apabila bantuan telah diminta daripada pihan tertentu tetapi tidak dilayan.

Place Your Order Now..❤️ Special Edition Planner Book by Puteri Balqis Whatsapp : @planner.ana.official ( 016-4420164 ) GRAB IT NOW❤️ #38poemsofputeribalqis #AllyOfUs?☔️???❤️?

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on

“Lola sebagai kawan mak Aqish, dah cuba yang terbaik untuk tolong dorang terutama Aqish. Sebelum ni mereka pernah cuba minta bantuan dari beberapa pihak tertentu tapi tidak dilayan.
Dorang pun segan sebenarnya asyik minta tolong sana sini, dorang pun ada maruah juga.
“Pernah Lola marah mak Aqish kenapa tak bagitahu tak ada duit nak makan selama beberapa hari sebab segan asyik minta tolong.
“Sampai bulan puasa pun tiada kenikmatan berbuka puasa seperti yang lain sebab tak ada duit nak beli makanan.
“Bukan kerana mak dia tak nak kerja, tetapi tak nak berkerja dengan keadaan Aqish yang macam tu,” katanya.
Kata Lola lagi, ibu Puteri Balqis menghubungi dia selepas terjumpa buku nota pelakon tersebut yang penuh dengan quotes.

Place Your Order Now..❤️ Written by Puteri Balqis.. Edited by Puteri Balqis...Whatsapp : @planner.ana.official ( 016-4420164 ) Only rm35 for first edition.GRAB IT NOW❤️ #38poemsofputeribalqis #AllyOfUs?☔️???❤️?

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on

“Mak Aqish send gambar-gambar quotes tu di whatsapp dan tulisan Aqish sangat sedih dan deep. Dari situ timbul idea untuk membukukannya.
Since dorang memang tak ada duit, jadi Lola keluarkan modal untuk dorang, keuntungan memang sepenuhnya untuk dorang,” jelasnya.
Menurutnya buku 38 Poems of Puteri Balqis mengambil masa sebulan untuk disiapkan tetapi tidak mendapat sambutan pada awalnya.
Bagaimanapun, Puteri Balqis dan ibunya dapat membayar hutang dan beberapa bil penting selepas itu.
Since kami jual secara Online di IG Aqish @ROCKINGBALQIS dan IG Planner.Ana.Official serta di Shopee, tiada sambutan.
“Semangat Aqish kembali down. Tapi Alhamdulillah pada bulan pertama jualan, dorang dapat bayar beberapa hutang dan bil penting.
“Ketika saya sedang buat buku Planner 2020, Aqish hantar lagi quotes motivasi dan terhasillah Planner 2020 No Regrets.
“Aqish beri idea untuk menjual buku dan planner satu set dan mereka kembali bersemangat…Pergi Kuala Lumpur, jual buku tepi jalan,” ujarnya.
Terdahulu kisah mengenai Puteri Balqis tular selepas stesen televisyen memaparkan sedutan temu bual kehidupannya dalam sebuah progam.
#Puteri Balqis #Buku
;