Selepas Viral Kerana Melaram Bak Barbie, Wanita Ini Disangka Patung Kek Pula!

Kamaruddin Razal
April 1, 2019 04:31 MYT
Aksi seorang wanita yang melaram cantik walaupun hanya ke pasar pernah menjadi tular pada Disember lalu.
BACA: "Why You Dressed Up Like This?" - Walaupun Hanya Ke Pasar, Wanita Ini Melaram Bak Barbie... Dah Kenapa Tu?
Kini, wanita yang dikenali dengan nama Izubiela Rasi ini kembali viral kerana disangka sebagai patung kek.
Kekeliruan ini bermula apabila Izubiela memuat naik foto dirinya menggayakan busana 'ball gown dress' di laman Instagram.
Seterusnya, ramai yang menyangka usahawan produk Putih Gebu DBella dan Susuk 1 Juta Skincare ini merupakan patung yang dijadikan perhiasan kek.
Malah, Izubiela juga menerima mesej (DM) di laman Instagram mengenai mereka yang mahu menempah patung kek terbabit.
Pelakon dan pengacara Zoey Rahman juga 'terkeliru' dengan foto Izubiela dan menyunting foto wanita terbabit dan diletakkan di atas sebuah kek.
Selain menjadi usahawan produk Putih Gebu DBella dan Susuk 1 Juta Skincare, Izubiela juga merupakan seorang 'instafamous' yang mempunyai 220,000 pengikut di laman Instagram.
#Viral #Viral #Izubiela