Hiburan

Selepas Viral Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza, Hashmitha Selvam Dilamar Rakam Lagu Melayu

gempak
Kamaruddin Razal
14/02/2019
11:51 MYT
Sponsor Banner
Selepas Viral Nyanyi Lagu Siti Nurhaliza, Hashmitha Selvam Dilamar Rakam Lagu Melayu
Tuah menyanyikan lagu Nirmala nyanyian asal penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, gadis berbangsa India ini dilamar untuk merakamkan lagu berbahasa Melayu.
Siapa sangka, video yang pernah tular satu ketika dahulu membuka rezeki untuk Hashmitha Selvam bertapak dalam dunia muzik Melayu.
Bernaung di bawah Datu Entertainment, sebelum ini Hashmitha pernah bergiat aktif dalam dunia muzik Tamil tempatan.
Sebagai persiapan, Hashmitha sudah siap merakamkan single Bahasa Melayu pertamanya, ciptaan Room None, liriknya oleh Iman Imran dan single terbabit belum diputuskan tajuknya.
Hashmitha juga sudah selesai menjalani proses penggambaran muzik video dan menerusi naskah terbabit, Hashmitha digandingkan dengan pelakon Erwin Dawson.
Lagu dan muzik video Hashmitha bakal dikeluarkan tidak lama lagi dan semestinya dia sudah tidak sabar mahu menggegarkan dunia muzik tempatan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live