Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Selesa Bergelar Solo, Mimi Fly Belum Jumpa Calon Pengganti?

Asraf Aided 05/04/2021 | 12:08 MYT
Penyanyi Mimi Fly selesa memegang status solo sejak berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Firdaus Hajar pada 2017.
Menurut Mimi, dia masih belum berkesempatan menemui calon pengganti yang sesuai buat masa ini.
"Saya masih lagi solo, pada masa yang sama, saya gembira jadi single sekarang.
"Masih belum ada peluang untuk berjumpa calon pengganti yang sesuai.
"Bagi saya, tak ada salahnya untuk wanita bujang gembira menjalani kehidupan, tak semestinya orang lain kahwin kita kena kahwin juga," katanya.
Mimi berkata demikian ketika ditemui di rakaman sebuah program televisyen semalam.
Dalam pada itu, Mimi juga akui ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya.
Namun buat masa ini, dia lebih selesa untuk menumpukan lebih perhatian kepada keluarga dan diri sendiri.
"Ada juga yang cuba mendekati, tipu lah kalau saya kata tak ada langsung.
"Bagaimanapun, sekarang saya selesa menumpukan perhatian kepada keluarga, ibu dan diri sendiri.
"Ya, apa yang penting, kita kena jaga diri sendiri dahulu sebelum kita mula menjaga dan mengambil berat tentang orang lain," katanya lagi.
Terdahulu, Mimi dan Mohd Firdaus mendirikan rumah tangga pada Mei 2015 sebelum rumah tangga mereka menemui titik noktah dua tahun kemudian.
Difahamkan, mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas tidak mempunyai persefahaman antara satu sama lain.
#Penyanyi #Solo #Mimi Fly #Bujang #Pengganti
;