gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Ini Mimpi Jadi Kenyataan" - Pertama Kali Muncul Di KL, The Lantis Teruja Hiburkan Peminat Konsert Jiwa Kacau
HIBURAN
Wani Kayrie Tak Sangka Muzik Video Cak Cak Cekuk Raih Lebih 500K Tontonan - “Walaupun Agak Perlahan Pada Awalnya…”
HIBURAN
“Nanti Datuk Aliff Syukri Tengok!” – Cik B Merajuk Disakat DSV Lagi, Netizen Terhibur
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Selesa Mengacara, Ashmirul Tak Tolak Jika Terima Banyak Tawaran Pengacaraan - “Saya Nak Tengok Sejauh Mana…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
07/07/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Selesa Mengacara, Ashmirul Tak Tolak Jika Terima Banyak Tawaran Pengacaraan - “Saya Nak Tengok Sejauh Mana…”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Ashmirul meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberi peluang untuk mencuba bidang pengacaraan sejurus selepas tersingkir daripada program hiburan tersebut.
Jelas Ashmirul, dia menerima tawaran untuk mengacarakan program Buzz Big Stage Alpha bersama pengacara, Muna Bella kerana menjadi seorang pengacara merupakan salah satu minatnya.
“Selepas tersingkir hari tu saya terus mendapat tawaran daripada Astro untuk mengacarakan Buzz Big Stage bersama dengan Muna Bella.
“Apa yang buat saya terima tawaran itu adalah sebab saya selain minat menyanyi saya juga suka untuk berlakon dan hosting. Jadi bila ada tawaran saya sahut cabaran itu sebab itu adalah kali pertama saya jadi hos untuk sebuah program di TV,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Amirul Ashraff Shafarudin tidak menolak untuk meneruskan perjalanan sebagai pengacara sekiranya diberikan lebih banyak peluang pada masa akan datang.
“Kalau ada tawaran untuk saya buat hosting saya tidak akan menolak sebab macam saya cakap saya memang minat saya nak tengok sejauh mana saya boleh pergi bila diberikan tawaran itu dan cabar diri saya.
“Saya belajar banyak dengan Muna semasa buat program tu. Dia yang betulkan saya kalau ada salah ketika mengendalikan live itu, malah saya juga ada belajar dengan menonton video-video program seperti Meletop jadi saya tengok macam mana Nabil Ahmad buat dan sebagainya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Pengacara
#Big Stage Alpha
#Ashmirul
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement