Hiburan
Selesai Baby Shower, Isteri Ammar Alfian Menghitung Hari Bersalin
Isteri pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam berkongsi momen serba indah sempena majlis baby shower yang diadakan hujung minggu lalu.
Nelissa yang mengenakan persalinan putih kelihatan anggun pada majlis terbabit yang dihadiri keluarga dan kenalan rapatnya.
"Just me and you baby," tulisnya berserta tanda pagar #babyK.
Majlis yang dirancangnya serba sederhana itu difahamkan diadakan di kediamannya sendiri.
Malah, Nelissa berkongsi rasa terujanya menantikan kelahiran anak pertamanya itu tidak lama lagi.
"Berjaya sampai ke 36 minggu. Macam tak percaya saya dan bayi berjaya hingga ke waktu ini. Pastinya dia sangat penyabar seperti ibunya. Kita cuba ke minggu 37 okey?
"Saya sangat respek terhadap golongan wanita terutama ibu. Kita berjaya mengawal mental, fizikal dan emosi dengan baik.
"Saya sudah bersedia untuk memasuki fasa baharu dan bertemu dengan cinta hati saya," tambah Nelissa.
Terdahulu, mahligai Nelissa dan Ammar dilaporkan berantakan apabila dia sendiri mendedahkannya kepada khalayak menerusi posting di Instagram.
Dakwa Nelissa ketika itu, suaminya ditangkap curang ketika kandungannya berusia enam bulan.
Sementara itu, menerusi kemas kini akaun Instagram Ammar, pelakon filem Paskal The Movie itu kini berada di Sepanyol.
Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.