Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Selesai Buat Kejutan Di AJL34, Siti Nurhaliza Terus Jalani Pembedahan

Kamaruddin Razal 10/02/2020 | 13:38 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil di salah sebuah hospital.
Berita terbabit dikongsi oleh Siti menerusi kemas kini di ruangan Instagram Stories miliknya.
"Alhamdulillah, semalam selesai persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), saya terus masuk wad untuk menjalani pembedahan kecil pagi tadi. Syukur, semuanya berjalan lancar," tulis Siti.
Menerusi kemas kini terbabit, Siti turut memuat naik fotonya yang berada di wad.
Siti tampil membuat kejutan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof di AJL34 yang berlangsung malam tadi.
BACA: Tokti Buat Kejutan, Peminat Marah Mic Tak Berfungsi
AJL34 menyaksikan lagu nyanyian Naim Daniel, Sumpah meraih gelaran juara manakala lagu Bangun nyanyian Aman RA mendapat tempat kedua.
Lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu berjaya meraih tempat ketiga di pentas berprestij terbabit.
#Siti Nurhaliza #AJL34
;