Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selesai Jalani Khidmat Tentera, Siwon Pilih Sertai Misi Kemanusiaan

Mya Amri
21/08/2017 15:03 MYT
Pelakon dan anggota Super Junior, Siwon dilaporkan menyertai misi kemanusiaan bersama Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) di Vietnam bermula hari ini.

Misi kemanusiaan yang dinamakan sebagai SMile for U itu dijalankan di beberapa kawasan untuk membantu kanak-kanak tidak bernasib baik di negara berkenaan sehingga 25 Ogos ini.

Ini merupakan aktiviti rasmi pertama Siwon atau nama sebenarnya Choi Siwon selepas selesai menjalani latihan khidmat tenteranya pada 18 Ogos lalu.

Dalam misi tersebut, Siwon bakal melawat beberapa tempat termasuklah pusat seni, tadika, sekolah ketenteraan dan juga hospital.

Dalam pada itu, Siwon juga meluahkan rasa berbesar hati kerana berpeluang untuk melibatkan diri dalam misi kemanusiaan tersebut.

“Saya rasa berbesar hati kerana terlibat dan menjadi wakil UNICEF untuk program kemanusiaan ini.

“Sepanjang misi ini nanti, saya tidak sabar untuk berinteraksi dan meluangkan masa bersama kanak-kanak berkenaan.

“Saya juga berharap misi ini dapat membantu dan menggembirakan hati serta memberi peluang kepada mereka untuk belajar muzik,” katanya seperti yang dilapor Soompi.

Siwon mula terlibat dengan aktiviti kebajikan dianjurkan UNICEF ini sejak tahun 2010 dan aktor tinggi lampai itu juga telah menjadi wakil istimewa UNICEF sejak November 2015.
#Artis Korea #Choi Siwon #UNICEF
;