HIBURAN

Selesai Nikah, Dewi Titip Kata-Kata Romantis Buat Jofliam, Tutup Komen Instagram - “Awak Buat Saya Paling Bahagia Hari Ini”

Umirah Halim 06/04/2025 | 09:55 MYT
Usahawan, Emira Delyati Dewi atau lebih dikenali sebagai Dewi memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga selepas akhirnya bergelar isteri buat usahawan piza, Jofliam semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Dewi juga sempat menitipkan ucapan romantis buat suaminya.
“Kepada suami saya, awak telah menjadikan saya orang yang paling bahagia hari ini, tiada kata yang dapat menggambarkan betapa saya bersyukur menjadi Isteri awak.
“Saya berjanji untuk menjadi pembimbing anda, kawan baik dan isteri penyayang sepanjang kehidupan kita. Ke mana sahaja kita pergi, kita akan lalui bersama. Forever Cinta!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Dalam beberapa entri berasingan, Dewi turut memuat naik foto-foto menarik sepanjang berlangsungnya majlis perkahwinan dia dan Jofliam.
Bagaimanapun, menerusi tinjaun Gempak, Dewi telah menutup ruangan komen pada Instagram miliknya.
Terdahulu, usahawan Jofliam selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Emira Delyati Dewi pada Sabtu.
Menerusi satu perkongsian di laman Threads, pasangan itu dipercayai telah disatukan di kediaman Jofliam.
Malah, Instagram milik perancang majlis iaitu Munstara.Event turut berkongsi beberapa foto majlis pernikahan pasangan tersebut yang menggunakan khidmat mereka.
Sekadar info, Dewi didakwa sebagai individu yang menjadi punca kepada perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki.
Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.
#Tutup #Komen #Dewi #Jofliam #Cik Epal