“Self Test Beberapa Kali Negatif, Tergerak Hati Pergi Swab Test” - Nadya Syahera Positif COVID-19
Mya Amri
18/02/2022 05:37 MYT
18/02/2022 05:37 MYT
Pelakon, Nadya Syahera memaklumkan dirinya kini dijangkiti COVID-19.
Menurut Nadya, segalanya bermula selepas anak keduanya dan suami, Fizul mengalami gejala seperti batuk serta demam.
“Bermula minggu lepas dengan Mamad batuk-batuk, selepas itu Fizul demam dengan batuk berkahak.
“Aleena demam dan akhir sekali saya. Buat self test beberapa kali keputusan negatif,” maklumnya.
Disebabkan perkara itu juga membuatkan Nadya tergerak hati untuk melakukan ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) di sebuah klinik.
“Tergerak hati ajak Fizul pergi swab test di klinik. Saya buat RTK sahaja sebab tiada simtom teruk. Fizul buat PCR sebab dah seminggu lebih batuk teruk tak hilang -hilang.
“Dukacitanya keputusan RTK saya adalah positif. Terkejut dan blurr,” jelasnya.
Bagaimanapun Nadya reda dengqn dugaan tersebut dan hanya bimbang dengan kondisi kesihatan anak-anaknya.
“Tapi saya reda. Saya risaukan anak-anak sahaja. Mamad dan Elena masih lagi on off demam dan kebetulan dorang sekarang dekat rumah abang ipar.
“Doakan urusan keluarga saya dipermudahkan. Amin,” tulisnya.
Untuk pengetahuan, Nadya kini kini sarat hamil dan bakal menyambut kelahiran anak ketiganya tidak lama lagi.