Selfie Bersama Anak, Peminat Puji Kecomelan Anak Atu Zero

Rozaimi Zubaidi
November 20, 2016 03:08 MYT
Pelawak Atu Zero dilihat berkongsi beberapa keping gambar anaknya melalui akaun Instagram (IG)nya miliknya.
Nampaknya gambar cahaya mata sulung Atu itu turut mendapat pujian daripada pengikut laman Instagram di mana rata-rata mereka memuji kecomelan anaknya itu.
Antara yang menarik perhatian adalah apabila Atu mengambil gambar selfie bersama anaknya.
Dalam pada itu, ramai juga yang mengucapkan tahniah kepada Atu kerana telah bergelar seorang ayah.
Mereka juga mendoakan agar kesihatan anak Atu itu semoga sentiasa sihat dan membesar menjadi anak yang solehah.
Terdahulu, isterinya Shafeeqa Johari, 30, telah melahirkan puteri sulung mereka pada 9 November lalu di Klinik Bersalin Razif, Klang.
Mereka telah berkahwin pada 8 Februari lalu di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi