Pelakon Janna Nick dikecam oleh beberapa pengikut laman Instagram (IG) kerana selfie ketika di dalam masjid semalam.

Menerusi foto yang dimuatnaik itu, menunjukkan Janna yang memakai telekung berwarna 'peach' sedang berswafoto dihadapan pelakon Sheila Rusly yang sedang khusyuk berwitir.



Beberapa pengikut IG telah mengecam tindakan Janna yang dikatakan seperti mahu menunjuk-nunjuk bahawa dia sudah selesai mengerjakan solat terawih.

Antara komen-komen mereka adalah seperti berikut:

"Fenomena bangang dah bermula #doneterawih, lepas ni berak jangan lupa selfie juga ye...#doneberak"

"Kita ni jangan duk famous dengan done terawih...sebab kita buat terawih tu biar ikhlas dan betul-betul kerana Allah. Bukan menunjukkan yang kita ni rajin sangat dok solat terawih...hehehe"

Pun begitu, Janna tidak berdiam diri sebaliknya terus membidas beberapa komen pengikut laman sosialnya

"tak tunjuk solat witir wak...tunjuk telekung tu...beli la saya jual..tak tunjuk macam mana nak bisnes...tq"

"sikit la sakitkan hati...nak minta maaf ke macam mana? Atau saya kena minta maaf dengan awak sebab selife dalam masjid?? (baca dengan intonasi lembut sebab saya tak marah cuma ajak berbincang)"

Bagaimanapun ramai peminat Janna yang menyokong pelakon itu dan meminta dia bersabar melayan kerenah netizen tersebut.

Teks oleh: Syafiqah Jalal