Sebuah rakaman video anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang memakai topi atau ‘snowcap’ dengan menggunakan ‘filter’ solekan yang tebal telah mendapat perhatian netizen.

Video yang dimuat naik oleh ibunya sendiri ke Instagram itu dikecam oleh sebahagian pengikut laman sosial apabila rata-rata mendakwa tulisan di atas ‘snowcap’ yang dipakai Cik B dilihat seperti kalimah Allah.

Gaya dan pemakaian Cik B dalam video itu didakwa seperti mempermainkan kalimah Allah.

“Atas kepala tu mcm nama.....Subhanallah kerana dunia sanggup jadi bodoh!” marah salah seorang netizen.

“Boleh tanya topi atas kepala tu lambang apa ya?” tanya salah seorang pengikut IG.

“Tu bukan lambang Allah ke kat kepala dia tu? Kalau betul hati-hati nanti kena kecam,” komen salah seorang warga maya.

Pun begitu, ramai netizen mula mempertahankan Cik B dan menjelaskan sebenarnya ia bukan kalimah Allah sebaliknya tulisan perkataan ‘Docks’ yang dilihat terbalik kerana Cik B menggunakan kamera hadapan.

“Kalau korang tengok betul-betul, Cik B pakai snowcap nama DOCKS bukan nama allah. Hish korang mesti ingat tu nama Allah sebab docks tu terbalik. Tengok dulu barulah comment. Haih,” jelas salah seorang warga maya.

“Selidik dulu, sebelum judge. Itu tulis Docks,” kata salah seorang netizen.

Pun begitu, Vida atau Cik B hanya mendiamkan diri tanpa memberi komen balas mengenai isu itu.

AHHHAAAA AAAAHAAAA.. . SEKALI PANDANG MACAM SAYA DAH PULA.. @cikb_havoc66 VERSI ALADDIN. . JANGAN CAKAP JIN DALAM POT PULA. . .

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on