Terkini

“Selidik Dulu Sebelum Melemparkan Tuduhan…” - Ella Nasihat Netizen Berhubung Isu ‘Blockout 2024’

gempak
Asyikin Mayudin
14/05/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
“Selidik Dulu Sebelum Melemparkan Tuduhan…” - Ella Nasihat Netizen Berhubung Isu ‘Blockout 2024’
Penyanyi rock Ella menyarankan netizen supaya tidak membuat tuduhan melulu terhadap selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai kekejaman Zionist.
Ella berkata, netizen sepatutnya membuat kaji selidik dengan teliti sama ada artis itu benar benar terlibat secara langsung dengan produk pro-Israel atau tidak sebelum memboikot.

Selidik

“Selidik dulu sebelum melemparkan tuduhan sebab tidak mempedulikan Palestin mungkin sebab mereka ada sebab tersendiri,” katanya kepada Gempak.

Ella ditemui ketika sidang media Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada masa sama, Ella menegaskan jika selebriti itu tidak berkongsi penderitaan rakyat Palestin di media sosial tidak bermaksud mereka tidak prihatin dengan pergolakkan yang berlaku di negara tersebut.

Promosi

“Kalau tidak promosi tidak bermaksud tidak sokong Palestin. Misalnya konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota Edisi Utara mendedikasikan keseluruhan konsert sebagai memperingati situasi di Palestin,” katanya.
Berpegang pada prinsip penyanyi hampir empat dekad itu, sanggup menolak tawaran lumayan beberapa jenama mewah antarabangsa yang berkaitan Israel.
“Ya saya tolak beberapa tawaran jenama fesyen yang dikaitkan dengan Israel walaupun bayaran lumayan.
“Saya buat ini semua kerana prinsip saya dan saya pastikan produk saya wakili ada matlamat bersifat kemanusiaan sejagat.
“Saya juga minta pasukan teliti tawaran terlebih dulu sebelum terima,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Beri Sumbangan Tabung Palestin Cecah RM100,000 - “Minta Maaf Jika Cara Saya Tak Tepat”

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha Dipersoal Kenapa Tutup Tarikh Pada Resit Sumbangan Gaza

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live