"Seluruh Malaysia Menyangkakan Saya Bakal Berkahwin" - Daiyan Trisha Imbau Kisah Setahun Lalu

Rozaimi Zubaidi
Ogos 22, 2019 13:15 MYT
Penyanyi Daiyan Trisha berkongsi semula kisah dimana seluruh rakyat Malaysia menyangkakan dia bakal berkahwin selepas memuat naik tiga keping foto dirinya menyarungkan busana pengantin di laman Instagram (IG), pada tahun lalu.
Menerusi entri di IG penyanyi itu, Daiyan berkongsi semula gambar tersebut berserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.
"Tahun lepas pada masa ini seluruh Malaysia menyangkakan saya bakal berkahwin.
"Semua orang dan laporan akhbar keliru, kecuali bagi mereka yang mengetahui mengenai lagu itu.
"Selepas setahun, saya masih bujang seperti dulu. Selamat ulang tahun buat lagu Langit," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji kecantikan Daiyan dan mendoakan agar suatu hari nanti dia berjumpa dengan josoh yang sesuai buat dirinya.
Tahun lalu, Daiyan pernah mencetuskan kontroversi apabila berkongsi gambar mengayakan busana perkahwinan sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.
Namun, Daiyan tampil memohon maaf atas kekeliruan khabar angin yang mendakwa dirinya bakal mendirikan rumah tangga menerusi satu kenyataan di media sosial.
Jelas Daiyan, foto yang tersebar di Internet sebenarnya gambar untuk single terbaharunya, Langit.
#Penyanyi #Daiyan Trisha #Penyanyi #Daiyan Trisha