Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Semaikanlah Hati Kami Dengan Cinta Dan…”- Ini Doa Noor Nabila Untuk Keluarga Baharunya

Syafiqah Jalal
22/03/2021 23:32 MYT
Kakak kepada selebriti popular Noor Neelofa, Noor Nabila mendoakan yang terbaik buat ahli keluarga baharunya bersama Engku Emran.

Nabila berharap dia dan suami serta anaknya Jebat Jayden dan anak tirinya Engku Aleesya menjadi sebuah keluarga yang bahagia.

“Ya Allah berkatilah keluargaku ini, semaikanlah hati kami dengan cinta, kasih sayang dan kebahagiaan. Ameen ameen ya Rabb,” katanya.

Nabila berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Nabila memuat naik bersama foto keluarga baharunya di hari pernikahan mereka.

Entri tersebut mendapat pehatian pengikutnya yang turut merestui pasangan tersebut.

“Mesti Aleesya suka ada adik,” komen salah seorang netizen.

“Jebat dapat kakak cantik,” kata salah seorang warga maya.

“Tahniah dah ada anak dara,” ucap salah seorang pengikutnya.

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad.

Perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Nabila dan Sharnaaz dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden
Engku Emran juga sebelum ini pernah dua kali bernikah, namun kedua-duanya gagal di pertengahan jalan.

Perkahwinan pertama Engku Emran, 46, ialah dengan artis terkenal, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.

Sementara pernikahan keduanya ialah dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang hanya bertahan dua tahun.
#Kahwin #Neelofa #. #Noor Nabila #Engku Emran #Engku Aleesya #Jebat Jayden
;