Melancong menjadi alternatif untuk setiap individu melepaskan rasa tekanan selepas penat bekerja.

Melancong juga menjadi pelaburan masa hadapan untuk anda menimba pengalaman dan mencipta memori manis di destinasi tujuan anda.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang anda harus elakkan sebelum melancong.

Gempak senaraikan perkara penting yang anda harus elak agar anda tidak membuat kesalahan:

1. Tak Check Pasport

Apabila rasa teruja menguasai diri, anda terus sahaja menempah tiket penerbangan tanpa memeriksa tarikh luput pasport terlebih dahulu.

Sila pastikan tarikh luput pasport mempunyai lebih enam bulan sebelum tamat tempoh ketika anda mahu bercuti, bukan pada masa anda sedang menempah atau membeli tiket!

2. Lupa Untuk Tukar Matawang

Kadangkala ada yang terlupa untuk menukar matawang sebelum berlepas ke destinasi kembara dan perkara ini bakal merugikan anda!

Kadar tukaran matawang di lapangan terbang lebih mahal berbanding yang terdapat di tempat menukar wang di pusat membeli-belah dan sebagainya. Rugi tau!

3. Beli Tiket 'Last Minute'

Perancangan memang penting jika anda mahu bercuti dengan selamat. Pastikan anda sudah membuat perancangan untuk perjalanan sebelum menempah tiket.

Sepatutnya, anda harus membeli tiket ketika syarikat penerbangan melakukan promosi... Kadang-kadang, dapat tiket yang murah betul... Untung sebab dapat jimat banyak!

4. Kedekut Tak Nak Beli Travel Insurance

Alahai. Benda ni memang betul-betul penting jika anda nak bercuti, terutamanya di luar negara... Jangan kedekut!

Mungkin ada yang memandang remeh dengan insurans perjalanan ini tetapi jika anda terlibat dengan sebarang malapetaka, tak kisahlah dari segi keadaan kesihatan yang tak berapa nak elok, bagasi pecah, penerbangan delay dan sebagainya, insurans perjalanan inilah yang akan dapat melindungi anda!

5. Tak Buat Senarai Semak

Ini memang penting ya! Senaraikan apa yang anda rancang untuk aktiviti kembara anda, bermula dari checklist barangan keperluan, senarai tempat serta jadual dan sebagainya.

Ia penting kerana dapat membuatkan perjalanan anda berlangsung dengan lancar dan anda pun dapat bercuti dengan senang hati tau!

Kredit foto: ExecutiveHub