BERITA

Semak Kelayakan Cepat! Ini Cara Guna SARA RM100 Dalam MyKad

Umirah Halim 21/08/2025 | 14:55 MYT

Kerajaan memperkenalkan Sumbangan Penghargaan SARA, iaitu bantuan tunai one-off sebanyak RM100 yang disalurkan terus ke dalam MyKad bagi warganegara berusia 18 tahun ke atas.

Menurut pengumuman Kementerian Kewangan, bantuan itu boleh mula digunakan di kedai terpilih bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Cara Semak Kelayakan

Orang ramai boleh menyemak kelayakan melalui dua kaedah mudah:

1. Semakan Online

• Layari portal rasmi www.sara.gov.my

• Pilih menu Semak Kelayakan

• Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan

• Status penerimaan dan tarikh sah perbelanjaan akan dipaparkan

2. Semakan MyKad di Kedai

• Pergi ke kedai runcit atau pasar raya yang menyokong transaksi bantuan kerajaan

• Serahkan MyKad di kaunter

• Juruwang akan maklumkan jumlah baki RM100 yang tersedia

Cara Guna RM100 Bantuan SARA

• Pastikan MyKad aktif dan sah

• Bawa MyKad ke kedai / pasar raya yang tersenarai

• Imbas MyKad di kaunter ketika membuat pembayaran

• Jumlah belian akan ditolak terus daripada baki bantuan tanpa perlu menggunakan wang tunai

Senarai penuh kedai yang menerima SARA boleh disemak melalui portal rasmi www.sara.gov.my.

Tarikh Penting

• 31 Ogos 2025 - Bantuan mula boleh digunakan

• 31 Disember 2025 - Tarikh akhir penggunaan (baki tidak digunakan akan luput secara automatik)



#Sumbangan #Sara #Rahmah #kelayakan #MyKad