Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Semakin Bahagia Di Amerika Syarikat, Sarah Hildebrand Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Everything In Bloom”

Asyikin Mayudin 04/05/2025 | 00:55 MYT
Semakin bahagia menjalani kehidupan di Amerika Syarikat, bekas pelakon Sarah Hildebrand mengumumkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama.

Hamil anak pertama

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Sarah berkongsi imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya yang dilihat semakin membesar.

“Semuanya mekar,” tulisnya secara ringkas.

Dalam foto tersebut, dilihat usia kandungannya kini sudah mencecah 20 minggu yang dianggarkan lebih kurang dalam lima bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Hildebrand Beri Bayangan Kembali Berhijab & Sudah Berkahwin Dengan Jejaka Mat Salih?

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terkejut, Sarah Hildebrand Kongsi Foto Separuh Bogel - “Mengundang, Off Komen Je Lah Please…”

Rata-rata netizen turut mendoakan agar Sarah diberikan kesihatan yang baik sehingga tiba hari menyambut kehadiran cahaya mata sulungnya.

Terdahulu, pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memaklumkan dia sudah bermigrasi ke Amerika Syarikat bagi memulakan kehidupan baru.

Selepas itu, Sarah membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan persaraanya daripada industri seni.

Setelah dua tahun berhijrah ke Amerika Syarikat, Sarah memuat naik beberapa foto berhijab bersama seorang lelaki ‘Mat Salleh’ yang juga adalah suaminya.

#Anak #Hamil #Bayi #Sarah Hildebrand #Imbasan Ultrasound #Imbasan #Scan