Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Semakin Hari Takut Nak Rapat Dengan Wanita” - Iqbal Tak Mahu Dilabel Kaki Menempel, Selesa Hubungan Cinta Jadi Privasi

Mya Amri 11/12/2022 | 23:30 MYT

Pengsohor dan juga pelakon, Ahmad Iqbal Zulkefli akui bimbang untuk mendekati wanita kerana sering dijodohkan dengan mana-mana individu sekiranya berkongsi video atau foto di media sosial.

Luahan itu dikongsi Iqbal dalam satu hantaran terbaharu menerusi ruangan Insta Story miliknya.

Menurut Iqbal, dia tidak mahu dilabel sebagai seorang lelaki yang sengaja mencari publisiti murahan dengan cara mendekati wanita.

“Semakin hari saya jadi takut untuk rapat dengan wanita, takutkan ada yang rasa terganggu menjadi gosip. Risaukan orang mendekati saya tiada privasi.

“Bimbang orang cop saya lelaki yang suka ganggu wanita bahkan mencari publisiti dengan menempel wanita.

“Maafkan saya, sebenarnya ia bukan di bawah kawalan saya,” tulisnya.

Bagaimanapun apabila berbicara tentang jodoh, Iqbal mengatakan dia lebih selesa hubungan cintanya menjadi privasi.

“Sebolehnya saya mahu privasikan tentwng hubungan. Usia saya pun sudah hampir mencecah 30. Bukan masanya untuk main-main lagi.

“Namun tentang jodoh, bicara tak semudah kata. Dikatakan jodoh saya pada tahun hadapan, maka tahun hadapanlah saya berkahwin.

“Jika tertulis usia 40 baru menjadi maka itulah yang saya terima. Doakanlah saya menemui pasangan hidup. Tiada apa lagi yang saya kejarkan sangat,” tegasnya.

Untuk info, baru-baru ini Iqbal sekali lagi menjadi perhatian apabila hadir menyambut ulang tahun kelahiran seorang wanita dikenali sebagai Erysha Eyra yang merupakan anak kepada pelakon terkenal, Datin Seri Noniswara.

Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

#wanita #Hubungan Cinta #Iqbal Zulkefli
;