Hiburan
Semakin Langsing... Adele Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang!
Jika anda peminat setia kepada pelantun lagu Hello, Adele pasti anda tidak percaya dengan penampilan terbaharunya.
Memetik laporan Astro Awani, penyanyi tersebut mengejutkan banyak pihak terutamanya peminatnya dengan memuat naik sekeping gambar yang menampilkan wajah terbaharunya pada Rabu.
Ini merupakan gambar entri baharu beliau selepas hampir lima bulan tidak membuat sebarang perkongsian di laman Instagram.
Pada entri tersebut, beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja barisan hadapan yang bekerja keras untuk menyelamatkan nyawa semasa pandemik COVID-19.
"Terima kasih untuk ucapan hari jadi, saya harap anda semua dalam keadaan selamat pada saat-saat genting ini.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa mereka, anda adalah hero kami" katanya di Instagram.
Dalam gambar terbaharu itu, Adele, 32, mengenakan sepasang gaun biru sempena sambutan hari jadinya.
Pada bulan Oktober lalu, Adele yang popular dengan lagu Someone Like You telah kehilangan berat badan yang agak ketara ketika menghadiri pesta ulang tahun kelahiran penyanyi, Drake.
Penyanyi tersebut mula kehilangan berat badan selepas berpisah dengan bekas suaminya, Simon Konecki.
Sumber: Astro Awani