Semakin Mendapat Perhatian, Khodi Cabar Diri Pula!
Asraf Aided
17/04/2021 07:50 MYT
17/04/2021 07:50 MYT
Semakin meraih perhatian peminat tempatan, kerancakan karier muzik penyanyi, Khodi nampaknya semakin terserlah.
Penyanyi ini sendiri jelas tidak mahu melepaskan ruang depan mata untuk membuktikan bahawa dirinya mampu pergi jauh dalam gelanggang seni.
Selepas melancarkan lagu Lenggang baru-baru ini, Khodi tampil pula dengan pertaruhan terbarunya berjudul Dia Bagiku.
Mendapat sentuhan komposer Farouk Rahman dan lirik hasil tulisannya sendiri, Khodi mencabar diri untuk membawakan lagu balada pertamanya. Yang pasti, isi penceritaan lagu cukup menarik.
“Saya diberikan peluang untuk menulis lirik lagu ini yang mengisahkan seorang wanita dilanda keperitan cinta tiga segi.
"Mesej ingin saya sampaikan menerusi lagu ini adalah, jangan mudah putus-asa dalam mencari cinta. Begitu juga memilih kekasih haruslah kena tulus dan ikhlas,” katanya.
Dia Bagiku adalah runut bunyi untuk drama Single Terlalu Lama arahan Ungku Ismail Aziz yang dibintangi Norman Hakim, Zila Bakarin, Julia Farhana, Riz Amin dan ramai lagi.
Memandangkan ia lagu balada sulung nyanyiannya, Khodi tidak menafikan berdepan cabaran sewaktu melunaskan rakaman Dia Bagiku. Namun, dia berazam untuk tidak mengalah dengan perasaan gementar yang menyelubungi diri.
“Memang saya rasa gementar dan sedikit gemuruh sebenarnya waktu sesi rakaman. Untuk dapatkan penghayatan ketika menyanyikan lagu ini pun tidak mudah.
"Saya kuatkan semangat dan sahut cabaran ini dengan belajar dan memperhalusi lagi seni nyanyian saya untuk memantapkan penyampaian lagu dalam genre yang masih asing ini," tambahnya.
Selain mencapai corak vokal mendayu dan berbeza untuk lagu ini, Khodi mengakui turut seronok apabila mempelajari banyak perkara baharu sepanjang pembikinannya. Sekali gus, dia berazam agar dapat terus menonjolkan sisi berbeza kemampuannya terutama dalam nyanyian kepada pengikut muzik tempatan.
“Saya masih muda banyak lagi harus dipelajari. Kalau boleh, tidaklah mahu terhad kepada satu genre sahaja. Saya ingin cuba nyanyikan apa saja genre selain bereksperimen dengan berbagai jenis melodi dan cara nyanyian. Besar harapan saya agar pendengar di luar sana terhibur dan tidak jemu untuk mendengar serta menghayati lagu Dia Bagiku,” katanya.
Dia Bagiku boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.