Filem Pusaka mencatat sejarah tersendiri apabila 'menewaskan' dua filem besar Hollywood iaitu Maleficent: Mistress of Evil dan Terminator: Dark Fate!

Sedang hangat ditayangkan di pawagam, Pusaka kini menakluk carta Top 10 Movies @ GSC di kedudukan pertama.

Pusaka makin merasuk di pawagam dari hari ke hari. Semakin menyeramkan! Nak tahu apa yang berlaku? Dapatkan tiket seram Pusaka sekarang juga. . Dari Penerbit Filem DUKUN! . #PUSAKA KINI MENGHANTUI DI PAWAGAM! #FilemPusaka #DiaDahDatang #PelindungAtauPetaka Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa empat hari tayangan, filem Pusaka mendapat respon positif orang ramai!

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, ramai yang berada dalam dilema untuk menonton filem Pusaka atau Maleficent.

Akhirnya, ramai yang memilih untuk menonton filem Pusaka yang mendapat maklum balas baik orang ramai.

Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.