Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Semakin Popular... Apa Itu Sulam Bedak?

Kamaruddin Razal
17/08/2019 15:16 MYT
Bagi wanita yang mementingkan kecantikan, pelbagai cara digunakan untuk mengekalkan kejelitaan dan keayuan wajah.

Terbaru, kaedah sulam bedak semakin popular dan mendapat tempat di hati ramai wanita di Malaysia.

Apa itu sulam bedak?

Pastinya ramai wanita yang sering mendengar terma terbabit tetapi masih ada yang tidak mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sulam bedak.

Bertemu dengan pengasas jenama kecantikan CPS Skin Love, Ellyn Jamyn, yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini semenjak tahun 2006, dia menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan sulam bedak.

Menurutnya, rawatan sulam bedak merupakan rawatan 'semi permanent' pada kulit wajah wanita dan ia memberikan kesan seakan memakai bedak setiap masa kepada mereka yang telah menjalani rawatan terbabit!

"Rawatan sulam bedak atau BB Glow ini hanya mengambil masa selama satu hingga dua jam dan kesannya boleh dilihat serta mesra.

"Ia menjadi fenomena di kalangan wanita di Malaysia kerana rawatan ini dapat memudarkan pigmentasi, bintik hitam serta bekas parut jerawat.

"Sulam bedak juga mampu mengatasi masalah tona kulit tidak sekata dan ia juga tidak menutup pori. Bagi mereka yang menjalani rawatan ini, ia tidak sakit dan kesannya juga serta merta," katanya.

Tambah Ellyn, sebelum rawatan sulam bedak dimulakan, pelanggan harus menjalani sesi konsultasi terlebih dahulu.

"Sebelum memulakan apa-apa rawatan, kulit wajah pelanggan akan dianalisa terlebih dahulu untuk memastikan sama ada rawatan yang ingin dilakukan itu sesuai atau tidak dengan kulit muka mereka.

"Sesi konsultasi itu tidak hanya tertakluk kepada mereka yang mahu melakukan sulam bedak, malah pelanggan yang ingin melakukan rawatan lain seperti hifu v face, carbon peel atau spa coklat juga harus menjalani sesi konsultasi," katanya lagi.

Ellyn ditemui di majlis pembukaan cawangan kedua CPS Skin Love di Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

SOFT LAUNCH of CPS SKIN LOVE Bandar Baru Bangi Branch . . #cantikpersiscelebriti #eyelashperming #pusatkecantikan #rawatanmuka #facialpengantin #cantikkulitmuka #cantik #waxingbangi #facialbangi #cantikpersiscelebriti #cantikpersisselebriti #cpsbangi #cpsskinlove #spabridalbangi #bangi #eyelashextensionbangi #seripictures

A post shared by 2nd BRANCH BANGI (@cpsskinlove) on

Menerima sambutan yang sangat positif di cawangan pertama yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Ellyn mengatur langkah berani untuk membuka cawangan di Bangi.

"Wanita semakin peka dengan kecantikan dan kami juga menyediakan perkhidmatan terbaik bagi mengekalkan kejelitaan pelanggan yang bertandang.

"Alhamdulillah, sambutan yang sangat baik kerana harga yang diperkenalkan adalah berpatutan dan kami mengutamakan kualiti dalam setiap rawatan yang dilakukan," katanya lagi.

Untuk lebih informasi mengenai CPS Skin Love, lakukan carian di Instagram menerusi kata kunci @cps_skinlove dan @cpsskinlove.
#Beauty
;