Isteri kepada penyanyi dan pengacara, Aril Pilus iaitu Puteri Edlinda akui turut bersedih dengan nasib yang menimpa penumpang serta anak kapal Sriwijaya Air, SJ182 yang terhempas baru-baru ini.

Menurut Puteri Edlinda pengalamannya sebagai pramugari sebelum ini membuatkan dia terkenangkan perasaannya setiap kali terbang di awan biru.

“Setiap kali baca tentang kapal terbang crash, hati selalu tak tenang. Memikirkan bagaimana kapal crash. Perasaan pilot, crew, penumpang penumpang, keadaan budak-budak, baby dalam tu.

“Kerja anak kapal memang seronok. Bergelak ketawa dengan rakan sekerja. Semangat nak bersiap cantik-cantik kemas. Briefing sebelum flight. Berjalan ke kapal. Bersedia untuk take off.

“Perasaan setiap kali kapal nak balik base kite. Tengok luar penuh dengan langit biru, awan, deruan bunyi kapal.

“Tapi tulah kita tak pernah tahu adakah itu selamat tinggal kita yg terakhir. Al-fatihah Sriwijaya #SJ182. Flight Attendant dont die, they just fly higher,” katanya.

Edlinda yang merupakan bekas pramugari Syarikat Penerbangan Airline Malaysia (MAS) itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya ketika bertugas di dalam kapal terbang.

Pesawat Sriwijaya Air dilaporkan hilang kawalan dan terjunam ke dasar laut di perairan Kepulauan Seribu, Indonesia pada Sabtu lalu.

A post shared by ᑭᑌTᗴᖇI ᗴᗪᒪIᑎᗪᗩ (@puteriedlinda)