Semangat Patriotik! Baru Tiga Hari Tayangan, Air Force The Movie Berjaya Kutip RM6 Juta!

Mya Amri
Ogos 28, 2022 02:29 MYT
Baru sahaja ditayangkan selama tiga hari di Malaysia, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan RM6 juta.

Berita gembira itu diumumkan menerusi akaun rasmi Instagram filem aksi ketenteraan Malaysia malam tadi.

“Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya mengutip RM6 juta dalam tiga hari tayangan. Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini," maklumnya.

Dalam pada itu, para pelakon Air Force The movie juga turut melahirkan rasa gembira dan berkongsi berita tersebut menerusi platform Instagram masing-masing.

“Alhamdulilah. Pertama dalam sejarah selama tiga hari tayangan dengan kutipan RM6,000,000.00. Terima kasih pada semua yang menyokong,” tulis Datuk Adi Putra.

“Terima kasih atas sokongan anda semua! Teruskan menyokong filem tempatan! Filem #airforecethemovieselagibernyawa berjaya mengutip RM6 juta dalam masa tiga hari tayangan!” coret Aiman Hakim.

“#airforecethemovie berjaya mengutip RM6 juta dalam masa tiga hari tayangan! Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini. Alhamdulilah,” tulis Nas-T

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Selain Adi Putra, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu turut ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei sejak 25 Ogos lalu.

#Kutipan #Air Force The Movie #Air Force The Movie: Selagi Bernyawa #Kutipan RM6 Juta #Semangat Patriotik