Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025
Gempak
19/08/2024 17:37 MYT
19/08/2024 17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.
Kata Ketua Pegawai Pemasaran TECNO, Laury Bai, kerjasama strategik ini menegaskan komitmen TECNO untuk memperluaskan jangkauannya di pasaran utama di Asia dan selain membina hubungan bermakna dengan setiap peminat bola sepak yang berkongsi semangat "Stop at Nothing" dalam kemajuan dan inovasi.
"Kerjasama ini mencerminkan nilai-nilai bersama seperti semangat, kecemerlangan, dan inovasi antara TECNO dan AFC.
"Lebih daripada sekadar tajaan, ini adalah mercu tanda yang memaparkan semangat ‘Stop at Nothing’ serta perayaan bagi kedua-dua pihak yang memulakan perjalanan baru untuk mencipta pengalaman yang lebih bermakna bagi peminat di seluruh Asia.
"Di TECNO, kami sentiasa percaya kepada semangat kesukanan yang dapat menyatukan komuniti dan memberi inspirasi kepada kemajuan.
Kerjasama ini telah diumumkan dalam satu majlis penandatangan perjanjian rasmi di Kuala Lumpur, Malaysia, di mana wakil-wakil AFC dan eksekutif TECNO menyatakan keterujaan dan hasrat mereka untuk kerjasama ini.
"Kami berasa amat berbesar hati untuk menyambut sebuah entiti yang berkongsi nilai yang sama, iaitu TECNO.
"Kami amat berterima kasih kepada TECNO kerana menyedari daya tarikan global yang semakin meningkat dalam pertandingan bertaraf dunia AFC, yang telahpun bersedia untuk mencatatkan tahap pertumbuhan yang tidak direkod, dan kami berharap agar bekerjasama ini dengan TECNO dapat mencipta lebih banyak detik-detik yang mengujakan bersama peminat bola sepak Asia," ujarnya.
Memandangkan pengalaman digital semakin telah menjadi sebahagian besar yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seharian peminat bola sepak, dan dengan peningkatan permintaan terhadap teknologi pintar di seluruh Asia, TECNO bertujuan untuk memperluaskan kehadiran jenamanya di pasaran di seluruh benua melalui kerjasama dengan AFC.
Dengan menjadikan teknologi canggih dan produk lebih mudah diakses, TECNO berharap agar dapat membawa pengalaman digital yang unik dan imersif kepada peminat bola sepak untuk meningkatkan cara mereka mengalami bola sepak dalam kehidupan seharian mereka.
Selain itu, kerjasama ini menegaskan komitmen berterusan TECNO untuk menggunakan sukan sebagai jambatan untuk berhubung dengan pengguna global dan mencipta pengalaman bersama dalam kalangan penonton mereka.
Kepercayaan terhadap kuasa sukan dan teknologi untuk memberi inspirasi kepada individu untuk membuat kemajuan, mengejar impian, dan mengikuti minat mereka adalah sebahagian daripada DNA jenama TECNO.
Jenama ini telah berdedikasi untuk merealisasikan kepercayaan ini dengan mencipta program bermakna yang memotivasi pengguna untuk membuka potensi mereka melalui sukan.
Pada masa lalu, melalui tajaan TECNO bagi Piala Negara-Negara Afrika ke-34 (AFCON), jenama ini telah mencipta impak yang berpanjangan dengan satu siri kempen yang membuat perlawanan dapat diakses oleh seluruh komuniti bola sepak di Afrika dengan mencipta pengalaman tontonan yang unik.
Selain itu, mereka juga membuatkan supaya sukan ini lebih mudah diakses oleh komuniti di kawasan terpencil Afrika dengan komitmen untuk membaik pulih 100 padang bola sepak di seluruh Afrika dalam tempoh lima tahun akan datang.
Melalui kerjasama dengan AFC, TECNO akan terus meningkat dan berinovasi untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Asia dan memberi inspirasi kepada peminat bola sepak untuk menjunjung semangat ‘Stop at Nothing’ mereka untuk membina masa depan yang lebih baik bersama.
Kata Ketua Pegawai Pemasaran TECNO, Laury Bai, kerjasama strategik ini menegaskan komitmen TECNO untuk memperluaskan jangkauannya di pasaran utama di Asia dan selain membina hubungan bermakna dengan setiap peminat bola sepak yang berkongsi semangat "Stop at Nothing" dalam kemajuan dan inovasi.
"Kerjasama ini mencerminkan nilai-nilai bersama seperti semangat, kecemerlangan, dan inovasi antara TECNO dan AFC.
"Lebih daripada sekadar tajaan, ini adalah mercu tanda yang memaparkan semangat ‘Stop at Nothing’ serta perayaan bagi kedua-dua pihak yang memulakan perjalanan baru untuk mencipta pengalaman yang lebih bermakna bagi peminat di seluruh Asia.
"Di TECNO, kami sentiasa percaya kepada semangat kesukanan yang dapat menyatukan komuniti dan memberi inspirasi kepada kemajuan.
"Kerjasama ini bukan sahaja dapat memperkasakan setiap peminat bola sepak Asia untuk mengalami perlawanan yang lebih interaktif dan imersif melalui teknologi, tetapi juga untuk membina hubungan yang lebih mendalam berdasarkan semangat bersama antara TECNO dan peminat bola sepak," ujarnya.
Kerjasama ini telah diumumkan dalam satu majlis penandatangan perjanjian rasmi di Kuala Lumpur, Malaysia, di mana wakil-wakil AFC dan eksekutif TECNO menyatakan keterujaan dan hasrat mereka untuk kerjasama ini.
Inovasi & transformasi baharu
Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John berkata AFC telah memasuki era baru inovasi dan transformasi, seiring dengan dorongan penstrukturan semula pertandingan kelabnya."Kami berasa amat berbesar hati untuk menyambut sebuah entiti yang berkongsi nilai yang sama, iaitu TECNO.
"Kami amat berterima kasih kepada TECNO kerana menyedari daya tarikan global yang semakin meningkat dalam pertandingan bertaraf dunia AFC, yang telahpun bersedia untuk mencatatkan tahap pertumbuhan yang tidak direkod, dan kami berharap agar bekerjasama ini dengan TECNO dapat mencipta lebih banyak detik-detik yang mengujakan bersama peminat bola sepak Asia," ujarnya.
Semangat kesukanan harian
Dengan memanfaatkan pangkalan peminat yang luas dalam pertandingan kelab AFC, dengan penonton televisyen global yang mencecah 1 bilion, TECNO bersedia untuk membina hubungan dengan komuniti sukan yang besar, meningkatkan kegembiraan dan keseronokan bola sepak serta menggalakkan orang ramai membawa semangat kesukanan ini ke dalam kehidupan seharian mereka.Memandangkan pengalaman digital semakin telah menjadi sebahagian besar yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seharian peminat bola sepak, dan dengan peningkatan permintaan terhadap teknologi pintar di seluruh Asia, TECNO bertujuan untuk memperluaskan kehadiran jenamanya di pasaran di seluruh benua melalui kerjasama dengan AFC.