Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd mencabar YouTuber Jebat Derhaka untuk menyertai sesi siaran langsung khas bagi membuktikan syarikat terbabbit benar-benar melahirkan usahawan jutawan di negara ini.
BACA: Billboard Bersepah Tepi Jalan, YouTuber Dakwa RichWorks Skim Cepat Kaya? - "Kalau Dia Lahirkan Jutawan, Dia Pula Siapa?"
Kata Radz, mewakili Pengasas dan Pengerusi syarikat, Datuk Wira Dr Azizan Osman jemputan itu bagi merungkai persoalan dan kekeliruan netizen berhubung syarikat yang sudah 14 tahun beroperasi itu.
"Oleh sebab Jebat dah persoalkan, wajib untuk kami jawab. Sembang kosong, sembang kari tak guna.
"Saya nak cabar, pelawa Jebat untuk bersama-sama Datuk Wira pada esok (Ahad) pukul 9 malam, sesi khas LIVE dari New York nak tunjukkan bukti di semua platform RichWorks dan Azizan Osman," katanya dalam sepotong video pada Sabtu.
Tambah Radz, semua netizen dijemput untuk melihat sendiri dalam sesi khas itu pada esok malam.
Semalam, pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman tampil menjawab persoalan ditimbulkan YouTuber berkenaan.
BACA: "Ya, RichWorks Memang 'Skim Cepat Kaya'" - Dr Azizan Osman Sindir Balik Jebat Derhaka
Beliau menjawab 'kontroversi' lancang YouTuber itu di Rumah Terbuka ahli keluarganya yang diadakan di kediaman ibu tersayang di Villa Mak Ayah, Taman Kenanga, Tengkera, Melaka.
Tegasnya, RichWorks sebenarnya sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya.
Terdahulu, Youtuber itu mempersoalkan keberkesanan syarikat RichWorks dan menganggap ia seperti skim cepat kaya.
Hal itu dibangkitkan menerusi deretan billboard RichWorks yang mempromosikan fungsi syarikat itu untuk melahirkan usahawan jutawan.
Amri Hassan
Sat May 07 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!