Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#SembangGajet: Bagaimana Pandemik Mendidik Kita Untuk Celik IT, Bank Pun Dah Bergerak!

Hanafis Haris
29/06/2021 12:47 MYT

Kemunculan pandemik COVID-19 ini pastinya menjadi igauan ngeri buat semua pihak, malah di seluruh negara.

Dengan jumlah angka kematian yang semakin meningkat, pastinya pelbagai langkah drastik perlu diambil.

Namun, penulis turut melihat pandemik ini dari sudut berbeza khususnya dalam aspek teknologi.

Jika sebelum ini sesebuah fungsi teknologi itu hanya tempelan semata-mata, namun kini ia menjadi keperluan untuk semua.

Sebagai contoh, aplikasi panggilan video seperti Teams, Google Meet mahupun Zoom.

Lihat juga bagaimana aplikasi tanpa tunai seperti Grab Pay, Touch & Go, Boost dan banyak lagi.

Terbaru melalui pengumuman khas pakej PEMULIH oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau turut mengumumkan peluasan inisiatif bank bergerak.

Sebanyak RM18 juta diperuntukkan kepada bank tempatan untuk menyediakan 30 unit Bank Bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ia adalah merangkumi 250 kawasan dan mukim luar bandar.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan perbankan termasuk pembukaan akaun, penyimpanan/pengeluaran/pemindahan wang, pembayaran bil dan perbankan digital.

Biarpun ia bukanlah sesuatu yang baru, namun seperti yang penulis katakan tadi, disebabkan pandemik ini sistem yang dahulunya hanya tempelan kini diangkat menjadi sistem penting membantu orang ramai.

Dengan peruntukan RM18 juta, diharapkan penggunaan bank pergerak ini lebih menyeluruh.

Sehingga berjumpa lagi dalam #SembangGajet

#Viral #Teknologi #PKP #Bank #SembangGajet #BankBergerak #Pemulihan
;