Kemas kini sistem operasi iOS 14 pada tahun lalu boleh dikatakan agak ‘ground breaking’ apabila kebanyakan rekaan diubah suai selain turut memperkenalkan fungsi widget.

Tahun ini, Apple sekali lagi memperkenalkan sistem operasi baru iaitu iOS 15.

Jadi, apakah yang bakal pengguna dapat jika kemas kini sistem operasi terbaru ini?

#1 Notifikasi

Lebih tersusun dan ringkas dengan notification summary.

Selain itu, mod focus juga diperkenalkan bagi memberi banyak pilihan fungsi do not disturb

Pengguna boleh memilih mod yang sesuai untuk keadaan anda sama untuk memfokuskan kerja, hiburan atau bersosial.

#2 FaceTime On Steroid!

Tidak pasti sama ada pengguna Malaysia gemar menggunakan FaceTime atau tidak, namun ia mungkin akan berubah selepas kemas kini terbaru ini.

Dengan dunia berdepan dengan pandemik dan sistem ‘work from home’ diperkenalkan, Apple tidak menunggu lama dengan memperkenalkan fungsi ala Zoom atau Teams.

Menariknya, menerusi FaceTime Links membolehkan pengguna daripada aplikasi lain untuk berhubung menggunakan FaceTime.

Ini bermakna pengguna Android boleh menggunakan FaceTime.

Selain itu, pengguna FaceTime membolehkan pengguna berkongsi skrin, mendengar muzik atau menonton video strim bersama-sama dengan share play.

#3 iMessage

Tidak banyak yang berubah pada iMessage dan antaranya pembaharuan photo stack, share with you dan drag and drop.

Namun, paling menarik perhatian adalah ‘live text’ yang membolehkan anda menukarkan tulisan gambar kepada teks.

Anda boleh lihat penjelasan penuh tentang iOS15 di bawah.

Apapun bagi penulis, iOS 15 ini lebih kepada menambah baik perincian yang diperkenalkan pada iOS 14.

Namun, mungkin ramai yang menharapkan perubahan rekaan antaramuka atau ikon yang lebih segar memandangkan Android 12 telah berbuat demikian.

Apapun, sama-sama kita tunggu kemas kini rasmi iOS15 tidak lama lagi.