Sebut saja tentang rekaan grafik pasti ramai yang garu kepala memikirkan aplikasi yang mudah dan tidak mengelirukan.

Buat mereka yang tiada kemahiran, agak mustahil untuk belajar perisian profesional seperti Adobe Photosop.

Tambahan pula perisian tersebut hanya mampu dijalankan menerusi pengunaan komputer.

Namun tahukah anda, sebenarnya terdapat aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan reka grafik.

Aplikasi Canva antara yang anda patut cuba.

Apa yang menariknya Canva mempunyai ratusan ‘templates’ yang anda boleh cuba.

Hanya perlu buat carian apa yang anda inginkan seperti majalah, logo, Instagram Story atau apa saja yang terlintas.

Anda pilih dan ganti gambar atau teks mengikut keperluan anda sendiri.

Selain itu jika anda melanggan secara pro, anda boleh menikmati beberapa fungsi hebat lain seperti membuang gambar belakang (background remover), tukarkan kepada PNG dan banyak lagi fungsi.

Malah, anda boleh gunakan gambar kepunyaan Canva tanpa isu hak cipta.

Hanya muat turun aplikasi ini di App Store untuk iOS dan Play Store untuk Android.

Jika anda menggunakan komputer riba, anda juga boleh bukan perisian di www.canva.com.

Untuk makluman, logo #SembangGajet pun dihasillkan menggunakan Canva!

Oleh itu, cubalah guna untuk hasilkan grafik cantik untuk perniagaan mahupun pemasaran produk anda.