gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet Sudah Ditahan!
BERITA
Hampir Pengsan Lihat Ular Sawa 'Gergasi' Dalam Mangkuk Tandas
BERITA
Sembunyikan Dalam Makanan, Dua Gajah Hidap TB Telan 400 Biji Pil Antibiotik Sehari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Sembunyikan Dalam Makanan, Dua Gajah Hidap TB Telan 400 Biji Pil Antibiotik Sehari

gempak
Gempak
24/05/2025
15:55 MYT
Sponsor Banner
Sembunyikan Dalam Makanan, Dua Gajah Hidap TB Telan 400 Biji Pil Antibiotik Sehari
Satu pasukan doktor dan doktor haiwan di Pakistan menggunakan rawatan unik untuk sepasang gajah yang menghidap penyakit tuberkulosis (TB) dengan memberikan kedua-dua haiwan itu makan sekurang-kurangnya 400 biji pil antibiotik sehari.

Mahu rawat gajah

Usaha murni oleh kakitangan di Taman Safari Karachi itu melibatkan pemberian ubat sama seperti yang digunakan untuk merawat penyakit TB pada manusia.
Pil-pil itu bagaimanapun disembunyikan di dalam makanan daripada buah epal, pisang hinggalah kepada manisan tempatan.
Jumlah ubat diselaraskan untuk mengambil kira berat seekor gajah itu kira-kira 4,000 kilogram.
Gajah berkenaan iaitu Madhubala dan Malika, mengambil masa beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan rawatan tersebut selepas meludah keluar beberapa dos pertama dan cuba menyerang penjaganya.

“Memberi rawatan untuk TB kepada gajah sentiasa mencabar. Setiap hari kami menggunakan kaedah yang berbeza,” kata pakar bedah veterinar, Buddhika Bandara dari Sri Lanka yang dibawa masuk untuk menyelia rawatan.

“Haiwan ini menunjukkan sedikit tekanan pada mulanya, tetapi secara beransur-ansur Madhubala dan Malika cuba menyesuaikan diri dengan prosedur tersebut,” kata Bandara, yang telah membantu lebih daripada 12 ekor gajah pulih daripada penyakit itu di Sri Lanka.
Sumber: Kosmo Online!
Topic Berkaitan
#Gajah
#Haiwan
#Antibiotik
Must-Watch Video